sup black fungus

 BLACK FUNGUS?


Semalam en. suami demam badan agak panas tak tahu nak masak apa. tetiba teringat hari to ada p segamat, johor kami makan mee tarik abang hassan kat OU segamat sedap.. cina muslim. en.suami oder mee pedas ada daging dan banyak benda hitam, umi tanya dia yang apa to rasa sedap ranggup ja.. suami cakap fungus. lepas kejadian to umi ajak dia p cari kaat market ada ker x. alhamdulillah ada. dia memmag xder rasa apa tapi sedap la.. so umi pun masak la sup ala2 abang hasan to,. sekarang kita belajor siket tentang black fungus nie apa khasiat dia, khasiat cendawan hitam yang sangat popular di kalangan kaum cina kerana ia sering di jadikan ramuan biasa dalam masakan mereka.
black fungus setelah direndam kembang
Cendawan hitam, biasanya dijual dalam bentuk kering ini mengandungi pelbagai mikronutrien seperti vitamin, mineral dan antioksidan. Dalam perubatan herba tradisional cina, cendawan hitam dianggap seperti aspirin kerana ia mampu mencairkan darah untuk mengelakkan pembekuan darah dari terbentuk, meningkat peredaran darah dan mencegah dari penyakit kardiovaskular.
Ia juga membersih paru-paru dan usus dan manfaat untuk pendarahan rahim, buasir, tekanan darah tinggi dan kolesterol.
Penyelidik mengesahkan 1 gram cendawan hitam mengandungi 154mcg trifosfat, disamping bahan kimia lain yang tidak dikenali menyumbang kepada keupayaan untuk menghalang pembekuan darah.
Polisakarida dan bahan kimia fenol dalam cendawan hitam bukan sahaja menghalang pertumbuhan tumor dan mencegah banyak jenis penyakit kronik seperti kanser dan strok malah ia juga dikatakan boleh meneutralkan kesan sampingan kemoterapi dan radiasi.
En. suami niie klu demam memmag nasi dia xlalu la nak makan so umi buat mee sup black fungus.. simple jer..
memamg licin en.suami makan.

resepi dia senang ja bahan pun senang.
ini sahaja bahan dia.. 
BAHAN-BAHAN DIA.
  • rendam kan cendawan fungus taddi sampai kembang
  • bawang putih dalam 6 ulas di racik halus.
  • isi ayam dada sahaja dipotong dadu atau nipis2
  • sayuran tambahan.
  • 1sb minyak bijan.

CARA CARA
  • MINYAK JANGAN BANYAK 1 SUDU BESAR JA.
  • tumiskan bawang putih jangan garing sanagt bagi naik bau. sebab kita xnak nanti sup kita kuning.
  • taruk isi ayam, masak bagi nampak isinya putih jangan garing.
  • taruk air panas dalam 5 cawan. atau lebih. mendidih ja sup to masukkan cendawan tadi. tggu dalam 5 minit tutup api masukkan minyak bijan dan bahan perasa serta sayur pastu ttpkan periuk.... siappp
selamat mencuba

"MASAK DARI HATI MASAK DEMI CINTA"

Comments

Popular posts from this blog

"sAhAbAT"

cinta perlu pengorbanan